Sunday, July 4, 2010

"HaRaPKaN PaGaR, PaGaR MaKaN PaDi"

Di awal pagi ini, saya cukup tertarik untuk berbincang tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Tajuk-tajuk utama akhbar saban hari membuatkan sy mengungkapkan peribahasa ini. Kes ROGOL telah menjadi makanan harian masyarakat sekarang.. Kes itu seolah-olah wajib setiap hari.. Yang menghairankan, yang rogol bukan orang asing, tapi darah daging sendiri.

Apa yang membuat saya tertanya-tanya, mengapa mereka sanggup meratah darah daging mereka sendiri?? Sedangkan mereka sepatutnya menjaga darah daging mereka. Seorang anak perempuan yang lemah, pastinya mengharapkan ayah,abang atau saudara lelaki terdekat mereka sebagai tempat bergantung dan tempat berlindung sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Tapi kini, darah daging sendiri sudah tidak boleh dipercayai, maka siapa yang akan melindungi?

Paling menyedihkan lagi, kes-kes sebegini banyak berlaku dalam komuniti Melayu. Bangsa yang kita agung-agungkan dengan budi bahasanya. Tapi kini, cukup terkenal dengan perangai kebinatangannya.. Sampai bila perkara ini akan berterusan? Sampai bila kita akan melihat anak bangsa dirosakkan oleh darah daging sendiri?

Wahai sahabatku yang sedar akan kritikalnya keadaan bangsa kita, mantapkanlah ilmu didada, sedarkanlah masyarakat disekeliling dengan apa jua cara, dan jangan sesekali terjebak dalam kancah ini.. Akhir kata, Ingat selalu :

Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan,jika dia tidak mampu(dgn tangan) maka dengan lidah,jika dia tidak mampu(dgn lidah) maka dengan hati & itu adalah selemah-lemah iman