Tuesday, April 5, 2011

"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"

Salam.. setelah sekian lama tidak menulis di sini, topik yang ingin saya utarakan kali ini adalah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya." Pastinya peribahasa ini telah biasa disebut dalam masyarakat melayu yang penuh adatnya. Peribahasa ini sangat sinonim dengan didikan kepada anak-anak. Namun, bagaimanakah corak didikan anak-anak kini? mengapa tahap sosial anak remaja makin menjadi-jadi?

Kebanyakan rintihan ibu bapa kini adalah anak-anak tidak mendengar kata, lebih mendengar cakap kawan dari keluarga, terlalu sosial dan banyak lagi. Mengapa ini semua berlaku? Bahkan pabila ibu bapa menegur pasti anak-anak ini mula angkat kaki, lari rumah. Bagi saya penyelesaian bagi masalah ini adalah"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".

Dahulu, dari kecil lagi ibu bapa akan terus memarahi, menghukum atau merotan anak-anak sekiranya membuat kesalahan. Tapi bukan mendera. Anak-anak yang sudah biasa ditegur sejak kecil selalunya tidak akan membuat kesalahan semasa dewasa kerana telah dididik dari awal untuk tidak melakukannya. Ibu bapa memarahi anak-anak sewaktu kecil, dan apabila mencecah remaja, ibu bapa memberi kepercayaan kepada anak-anak kerana yakin anak-anak tidak akan melakukan kesalahan setelah dididik sejak kecil.

Tapi kini, dari kecil lagi anak-anak telah dimanjakan terutama dengan kemewahan. Sekiranya anak-anak membuat kesalahan tidak kira kecil atau besar, ibu bapa akan terus menyalahkan orang lain dan membela atau menutup kesalahan anak-anak. Namun, apabila telah remaja dan anak-anak membuat kesilapan yang melampau, ibu bapa mula memarahi anak-anak. Perhatikan, anak-anak yang tidak pernah dimarahi sejak berbelas tahun dan tiba-tiba dimarahi pastinya akan merajuk, melenting, dan lari rumah.

Jelas kelihatan perbezaan marah sewaktu kecil, percaya waktu dewasa yang melahirkan anak yang sedar, boleh menerima teguran dan tak akan melakukan kesalahan berbanding dimanjakan sewaktu kecil, marah waktu dewasa yang menjadikan anak-anak yang melenting setiap kali ditegur. Betapa peribahasa melayu "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"memberi erti dan pedoman terhadap anak-anak kita.

Ingatlah selalu ibu bapa di luar sana. Ingatlah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Marahlah, Tegurlah, Hukumlah anak-anak di masa kecil supaya kelak mereka tahu yang mana hak dan batil. Janganlah dibiar anak-anak melakukan kesalahan dengan menutup kesalahan mereka kerna gusar dewasa nanti mereka tidak dapat membezakan mana benar mana salah.

Sunday, October 31, 2010

TSuNaMi PTSL - SePeRTi eNau DaLaM BeLuKaR, MeLePaSKaN PuCuK MaSiNG-MaSiNG


Salam.. sepanjang musim 'exam' ni.. sy sentiase di tempat 'feveret' sy iaitu 'library'.. i really love to be in library.. tp ape yang paling menyedihkan sy adalah sikap pengunjung library yang 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Maksudnya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. Mengapa saye berkata begini?

Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke ptsl pagi tadi, ho! terkejut saya melihat 'tsunami' di depan ptsl.. tsunami?? tsunami sampah.. sampah bertaburan di depan ptsl.. sangat menyakitkan mata.. niat di hati nk tolong kutipkan,kemaskan sapukan.. tapi terlalu banyak.. Mengapa ye jadi begitu? persoalan dan perdebatan sy dan sahabat sy, salah ptsl yg tidak memperbanyakkan tong sampah atau salah pengunjung yang bersikap 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' ??

sy tgk kat dpn ptsl ni tong sampah ade 3 sekurng-kurangnya yang dipenuhi dengan sampah membuak-buak.. ianya hanya berlaku di waktu 'exam'.. Bagi saya, ini adalah silap pengunjung sendiri.. sampah kita, tanggungjawab kita.. Telah banyak wujudnya kempen-kempen menjaga kebersihan.. tapi mahasiswa pemangkin negara pun tidak mengamalkannya.. alasan? tak cukup tong sampah.. apa salahnya bawa balik sampah itu dan buang di tong sampah lain? dari begitu mementingkan diri terus membuang sehingga membuak dan menyebabkan ianya menyemakkan mata memandang?

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab masing-masing menjaga kebersihan.. janganlah menjadi 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'.. Kebersihan tanggungjawab bersama.. sekian..

SePeRTi BuLaN DiMaKaN RaHu - MeMeLuK KeKaSiH DeNGaN aSYiK SeKaLi


Salam... setelah sekian lame xmeng 'update' blog ni.. Pemandangan sekitar laman facebook memanggil-manggil saya untuk menulis entry ni.. Peribahasa kali ini adalah "seperti bulan dimakan rahu". Mungkin ramai yang tak pernah dengar peribahasa ni.. Sama-samalah kita berkongsi.. rahu adalah sejenis ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).. dan peribahasa ni membawa maksud memeluk kekasih dengan asyik sekali..

Di zaman teknologi ini, hampir setiap org ada facebook dan hampir setiap masa ber'facebook'. Termasuklah saye... Semakin hari, semakin berleluasa 'profile pic' yang 'seperti bulan dimakan rahu'.. rahu pun tak makan bulan camtu.. i'm not the perfect person.. sy pun bukan bagus sgt untuk memberi ceramah tentang ni.. sy hanyalah insan hina yang ingin berkongsi pengetahuan dan saling menyedarkan..

Saya tak mahu menulis dengan lebih mendalam tentang posing2 maut pasangan kekasih di fb.. but, ape yg sy ingin kongsikan adalah tentang 'aib'. Setiap orang pernah melakukan dosa. ada orang yang insaf, ada orang yg bangga dengan dosa. ingin sy kongsikan :

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Lihat, mungkin ramai tak tahu apa yang anda berdua lakukan.. Tapi anda sendiri yang menyebarkan.. Allah s.w.t. sendiri menutup aib anda.. dan anda? membuka seluas-luasnya.. Mengapa mesti diletakkan gambar-gambar "seperti bulan dimakan rahu" untuk tatapan umum? dimanakah letaknya malu anda? jika tidak pada orang lain, malulah pada diri sendiri.. Setiap insan tidak sempurna.. Dan mungkin anda anggap itu anda.. tapi cukuplah sekadar tidak mempamerkan gambar-gambar itu, adakah begitu susah? aib untuk ditutup bukan dicanang.. kita tak bercakap tentang aib orang lain.. tapi aib sendiri..

Fikirkanlah.. aib anda hak anda.. bukan orang lain canangkan, tapi anda sendiri dengan bangga mencanangkan aib sendiri yang telah ditutup Allah.. Sama-sama kita berkongsi.. sekian..

Sunday, July 4, 2010

"HaRaPKaN PaGaR, PaGaR MaKaN PaDi"

Di awal pagi ini, saya cukup tertarik untuk berbincang tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Tajuk-tajuk utama akhbar saban hari membuatkan sy mengungkapkan peribahasa ini. Kes ROGOL telah menjadi makanan harian masyarakat sekarang.. Kes itu seolah-olah wajib setiap hari.. Yang menghairankan, yang rogol bukan orang asing, tapi darah daging sendiri.

Apa yang membuat saya tertanya-tanya, mengapa mereka sanggup meratah darah daging mereka sendiri?? Sedangkan mereka sepatutnya menjaga darah daging mereka. Seorang anak perempuan yang lemah, pastinya mengharapkan ayah,abang atau saudara lelaki terdekat mereka sebagai tempat bergantung dan tempat berlindung sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Tapi kini, darah daging sendiri sudah tidak boleh dipercayai, maka siapa yang akan melindungi?

Paling menyedihkan lagi, kes-kes sebegini banyak berlaku dalam komuniti Melayu. Bangsa yang kita agung-agungkan dengan budi bahasanya. Tapi kini, cukup terkenal dengan perangai kebinatangannya.. Sampai bila perkara ini akan berterusan? Sampai bila kita akan melihat anak bangsa dirosakkan oleh darah daging sendiri?

Wahai sahabatku yang sedar akan kritikalnya keadaan bangsa kita, mantapkanlah ilmu didada, sedarkanlah masyarakat disekeliling dengan apa jua cara, dan jangan sesekali terjebak dalam kancah ini.. Akhir kata, Ingat selalu :

Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan,jika dia tidak mampu(dgn tangan) maka dengan lidah,jika dia tidak mampu(dgn lidah) maka dengan hati & itu adalah selemah-lemah iman


Thursday, June 24, 2010

BaTu aPi dan DuRi DaLaM DaGiNG

okies.. kali ni sy nak menulis tentang simpulan bahasa yang seringkali digunakan iaitu "batu api". Baru-baru ini kita dihebohkan dengan pelajar UKM yang mengutuk pelajar UITM.. Bukan itu sahaja.. malah banyak lagi kes-kes yang seumpamanya.. Zaman kini penuh dengan teknologi.. dan remaja melayu menggunakan sepenuhnya..

Tapi apa yang menyedihkan adalah apabila mereka menggunakan medium ini untuk menjadi batu api.. Benda yang kecil dibesar-besarkan sehingga membuat group, mengambil gambar dan menjatuhkan aib orang lain sehingga satu malaysia tahu.. Ya, memang si pesalah ini salah.. tapi bukan itu caranya.. Apa salahnya jika kita menasihatinya secara peribadi.. ingatlah selalu :

Imam Syafi’i berkata:

مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ

“Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahsia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, bererti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”


Allah swt berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur:19).

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana masing-masing tahu berfikir.. renung-renungkanlah.. betulkan niat masing-masing.. jangan begitu asyik membuka aib orang dan mencari kesalahan orang sehingga tidak sedar diri sedang melakukan dosa.. Kita hidup sebagai satu rumpun, satu bangsa.. Sama-samalah kita nasihat-menasihati anak bangsa kita sendiri.. Jgn sesekali menjadi seperti "duri dalam daging" dengan cara menjadi "batu api" sesama kita.. Fikir-fikirkanlah.


Wednesday, June 23, 2010

KeRaNa NiLa SeTiTiK RoSaK SuSu SeBeLaNGa


Salam~ Peribahasa yang ingin saya bincangkan hari ini adalah " Kerana nila setitik rosak susu sebelanga ". Keratan-keratan akhbar akhir-akhir ini menarik minat saya untuk membincangkan peribahasa ini. Setiap pagi, buka je apa-apa surat khabar, berita yang wajib ada, MAYAT BAYI DIJUMPAI DI ....... DITANGKAP KHALWAT.. MEMBUNUH SAUDARA KANDUNG SENDIRI.. dan seupamanya..

Apa yang menyedihkan adalah kebanyakan daripada pesalah-pesalah tersebut adalah MELAYU. Melayu yang cukup terkenal dengan budi pekertinya dan adat santunnya. Namun, apa yang telah terjadi? salah siapa? Dek kerana segelintir yang melakukan perkara sebegini, ramai yang telah berprasangka buruk dengan melayu. Sehinggakan wujud fakta-fakta stereotaip.. Asalkan ada kes buang bayi, orang kata "melayulah tu".. tiada lain yang keluar dari mulut mereka.. Asal nampak gadis bertudung.. orang kata " Tudung je labuh, entah2 perut memboyot.. tulah anak melayu sekarang". Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Yang membuatnya segelintir, tapi semua melayu telah dilabel begitu.. Salah merekakah yang melabelkan kita sebegitu? Bagi saya tidak.. Salah kita sendiri yang begitu mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil kisah apa yang berlaku disekeliling.. Nampak remaja berkeliaran di tengah malam, tiada siapa yang menegur.. Alasan? "Bukan anak aku, dorang ade mak bapak, pandai2lah jage anak sendiri" Kalau masing-masing mengharapkan yang lain, siapa yang akan bertindak?

Jika semua terus bersikap sebegini makin rosaklah anak melayu yang terus bebas tanpa pengawasan masyarakat sekitar. Maka, janganlah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Marilah kita bersama-sama mainkan peranan masing-masing bagi membangkitkan dan melahirkan anak melayu yang berjaya menjadi seorang manusia.

Tuesday, June 15, 2010

"hangat-hangat tahi ayam" VS Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan "


Setelah beberapa hari menyepi.. Akhirnya ketiadaan eletrik di UKM ni memberi ruang untuk saya update blog kerana semua kerja tergendala.. Maka, untuk hari ini saya nak utarakan tentang peribahasa melayu iaitu " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ". Cukup tertarik untuk membincangkan peribahasa ini pada hari ini kerana peribahasa tu dicipta oleh orang melayu. Namun hakikatnya, orang melayu sendiri tidak mengamalkannya. Kenapa dan mengapa saya berpendapat sedemikian? Seperti yang kita tahu, orang di sekeliling kita adalah cermin pada diri kita.. Cermin yang nampak kesilapan yang kita lakukan.. Kerana diri kita sendiri tidak akan sedar kesilapan yang kita lakukan jika tiada yang menegur. Begitu juga bangsa-bangsa lain yang merupakan cermin pada kita yang beranggapan melayu ini sikapnya "hangat-hangat tahi ayam". Peribahasa yang berlawanan dengan " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ".

Apabila bangsa-bangsa lain berkata kita sebegitu, anak melayu mula melatah.. Berlaku pergaduhan, pertengkaran, perasaan tak puas hati dan seumpamanya. Sehinggakan bangsa lain begitu sukar untuk menawarkan pekerjaan kepada anak melayu kerana itu pemikiran mereka. Bagi mereka, melayu ini "hangat-hangat tahi ayam"dan bila ditegur, mudah melatah. Di situlah kesilapan kita sebenarnya. Kita tak pernah cuba untuk berubah. Kita selalu mendengar, orang kata, melayu ini jiwanya sentimental.. sensitif.. dan kata-kata inilah yang menjadikan melayu yang begitu sensitif, tidak boleh ditegur dan tidak bersedia untuk berubah. Orang lama mencipta peribahasa itu supaya menjadi ingatan kepada kita. Walau sebaris ayat, tapi memberi seribu makna. Silapnya, kita yang tidak pernah cuba untuk mendalaminya.

Mari kita lihat, selami satu persatu.. Orang kata kita ni "hangat-hangat tahi ayam". Mengapa? kerana tahi ayam ni hanya hangat sementara sahaja.. macam tu juga sikap melayu yang begitu bersemangat apabila terjumpa benda baru atau sesuatu berlaku.. Bagus, namun yang menjadi kepincangannya apabila semangat itu hanya sekejap, hanya pada permulaan. Ya, itu melayu. Namun, mengapa kita hendak persoalkan dan salahkan dia, dia dan dia? Mengapa tidak kita tunjuk diri sendiri? Sebaiknya, kita sama-sama melihat diri kita di cermin.. dan renungkan " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ". Orang dah berkata melayu itu "hangat-hangat tahi ayam". Bukan caranya untuk kita melatah, memarahi mereka kerana berfikiran sedemikian. Sikap seperti itu tidak mengubah apa-apa.

Sebaiknya, kita pertingkatkan jati diri kita, ketrampilan, kewibawaan yang akhirnya membuat mereka terdiam malah menghormati kita. Melayu suka berkata "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang". Kalau kita tidak bersikap begitu, masakan mereka akan melabel kita seperti itu? Maka, tidak perlu melatah, buang keegoan, renungkan, dan amalkan " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ". Buktikan kita sebagai anak melayu, bersungguh-sungguh apabila membuat sesuatu dari awal hingga akhir.. Melayu sikapnya sentiasa berjuang.. Berjuang tidak semestinya menghunus pedang mahupun membidik senjata.. Tapi memantapkan diri sendiri dengan ilmu, kepimpinan juga adalah perjuangan. Maka, bermula saat ini, marilah kita sama-sama berubah seperti kata-kata ini

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka