Thursday, June 24, 2010

BaTu aPi dan DuRi DaLaM DaGiNG

okies.. kali ni sy nak menulis tentang simpulan bahasa yang seringkali digunakan iaitu "batu api". Baru-baru ini kita dihebohkan dengan pelajar UKM yang mengutuk pelajar UITM.. Bukan itu sahaja.. malah banyak lagi kes-kes yang seumpamanya.. Zaman kini penuh dengan teknologi.. dan remaja melayu menggunakan sepenuhnya..

Tapi apa yang menyedihkan adalah apabila mereka menggunakan medium ini untuk menjadi batu api.. Benda yang kecil dibesar-besarkan sehingga membuat group, mengambil gambar dan menjatuhkan aib orang lain sehingga satu malaysia tahu.. Ya, memang si pesalah ini salah.. tapi bukan itu caranya.. Apa salahnya jika kita menasihatinya secara peribadi.. ingatlah selalu :

Imam Syafi’i berkata:

مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ

“Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahsia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, bererti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”


Allah swt berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur:19).

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana masing-masing tahu berfikir.. renung-renungkanlah.. betulkan niat masing-masing.. jangan begitu asyik membuka aib orang dan mencari kesalahan orang sehingga tidak sedar diri sedang melakukan dosa.. Kita hidup sebagai satu rumpun, satu bangsa.. Sama-samalah kita nasihat-menasihati anak bangsa kita sendiri.. Jgn sesekali menjadi seperti "duri dalam daging" dengan cara menjadi "batu api" sesama kita.. Fikir-fikirkanlah.


Wednesday, June 23, 2010

KeRaNa NiLa SeTiTiK RoSaK SuSu SeBeLaNGa


Salam~ Peribahasa yang ingin saya bincangkan hari ini adalah " Kerana nila setitik rosak susu sebelanga ". Keratan-keratan akhbar akhir-akhir ini menarik minat saya untuk membincangkan peribahasa ini. Setiap pagi, buka je apa-apa surat khabar, berita yang wajib ada, MAYAT BAYI DIJUMPAI DI ....... DITANGKAP KHALWAT.. MEMBUNUH SAUDARA KANDUNG SENDIRI.. dan seupamanya..

Apa yang menyedihkan adalah kebanyakan daripada pesalah-pesalah tersebut adalah MELAYU. Melayu yang cukup terkenal dengan budi pekertinya dan adat santunnya. Namun, apa yang telah terjadi? salah siapa? Dek kerana segelintir yang melakukan perkara sebegini, ramai yang telah berprasangka buruk dengan melayu. Sehinggakan wujud fakta-fakta stereotaip.. Asalkan ada kes buang bayi, orang kata "melayulah tu".. tiada lain yang keluar dari mulut mereka.. Asal nampak gadis bertudung.. orang kata " Tudung je labuh, entah2 perut memboyot.. tulah anak melayu sekarang". Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Yang membuatnya segelintir, tapi semua melayu telah dilabel begitu.. Salah merekakah yang melabelkan kita sebegitu? Bagi saya tidak.. Salah kita sendiri yang begitu mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil kisah apa yang berlaku disekeliling.. Nampak remaja berkeliaran di tengah malam, tiada siapa yang menegur.. Alasan? "Bukan anak aku, dorang ade mak bapak, pandai2lah jage anak sendiri" Kalau masing-masing mengharapkan yang lain, siapa yang akan bertindak?

Jika semua terus bersikap sebegini makin rosaklah anak melayu yang terus bebas tanpa pengawasan masyarakat sekitar. Maka, janganlah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Marilah kita bersama-sama mainkan peranan masing-masing bagi membangkitkan dan melahirkan anak melayu yang berjaya menjadi seorang manusia.

Tuesday, June 15, 2010

"hangat-hangat tahi ayam" VS Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan "


Setelah beberapa hari menyepi.. Akhirnya ketiadaan eletrik di UKM ni memberi ruang untuk saya update blog kerana semua kerja tergendala.. Maka, untuk hari ini saya nak utarakan tentang peribahasa melayu iaitu " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ". Cukup tertarik untuk membincangkan peribahasa ini pada hari ini kerana peribahasa tu dicipta oleh orang melayu. Namun hakikatnya, orang melayu sendiri tidak mengamalkannya. Kenapa dan mengapa saya berpendapat sedemikian? Seperti yang kita tahu, orang di sekeliling kita adalah cermin pada diri kita.. Cermin yang nampak kesilapan yang kita lakukan.. Kerana diri kita sendiri tidak akan sedar kesilapan yang kita lakukan jika tiada yang menegur. Begitu juga bangsa-bangsa lain yang merupakan cermin pada kita yang beranggapan melayu ini sikapnya "hangat-hangat tahi ayam". Peribahasa yang berlawanan dengan " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ".

Apabila bangsa-bangsa lain berkata kita sebegitu, anak melayu mula melatah.. Berlaku pergaduhan, pertengkaran, perasaan tak puas hati dan seumpamanya. Sehinggakan bangsa lain begitu sukar untuk menawarkan pekerjaan kepada anak melayu kerana itu pemikiran mereka. Bagi mereka, melayu ini "hangat-hangat tahi ayam"dan bila ditegur, mudah melatah. Di situlah kesilapan kita sebenarnya. Kita tak pernah cuba untuk berubah. Kita selalu mendengar, orang kata, melayu ini jiwanya sentimental.. sensitif.. dan kata-kata inilah yang menjadikan melayu yang begitu sensitif, tidak boleh ditegur dan tidak bersedia untuk berubah. Orang lama mencipta peribahasa itu supaya menjadi ingatan kepada kita. Walau sebaris ayat, tapi memberi seribu makna. Silapnya, kita yang tidak pernah cuba untuk mendalaminya.

Mari kita lihat, selami satu persatu.. Orang kata kita ni "hangat-hangat tahi ayam". Mengapa? kerana tahi ayam ni hanya hangat sementara sahaja.. macam tu juga sikap melayu yang begitu bersemangat apabila terjumpa benda baru atau sesuatu berlaku.. Bagus, namun yang menjadi kepincangannya apabila semangat itu hanya sekejap, hanya pada permulaan. Ya, itu melayu. Namun, mengapa kita hendak persoalkan dan salahkan dia, dia dan dia? Mengapa tidak kita tunjuk diri sendiri? Sebaiknya, kita sama-sama melihat diri kita di cermin.. dan renungkan " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ". Orang dah berkata melayu itu "hangat-hangat tahi ayam". Bukan caranya untuk kita melatah, memarahi mereka kerana berfikiran sedemikian. Sikap seperti itu tidak mengubah apa-apa.

Sebaiknya, kita pertingkatkan jati diri kita, ketrampilan, kewibawaan yang akhirnya membuat mereka terdiam malah menghormati kita. Melayu suka berkata "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang". Kalau kita tidak bersikap begitu, masakan mereka akan melabel kita seperti itu? Maka, tidak perlu melatah, buang keegoan, renungkan, dan amalkan " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ". Buktikan kita sebagai anak melayu, bersungguh-sungguh apabila membuat sesuatu dari awal hingga akhir.. Melayu sikapnya sentiasa berjuang.. Berjuang tidak semestinya menghunus pedang mahupun membidik senjata.. Tapi memantapkan diri sendiri dengan ilmu, kepimpinan juga adalah perjuangan. Maka, bermula saat ini, marilah kita sama-sama berubah seperti kata-kata ini

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka




Wednesday, June 9, 2010

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"


Hari ini saya ingin mengupas tentang peribahasa warisan melayu iaitu "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh". Peribahasa ini menggunakan ayat yang sungguh mudah untuk difahami. Melayu ini cukup terkenal dengan puitis dan sikap sentimentalnya. Tetapi apa yang menghairankan bait-bait peribahasa yang sungguh mudah ini seolah-olah tidak difahami oleh masyarakat melayu kini. Samada mereka tidak memahami atau mereka lupa tentang peribahasa ini. Biasalah, orang kata "Melayu mudah lupa".

Seperti yang kita lihat dengan pergolakan yang berlaku dalam dunia politik di Malaysia kini, anak melayu kini lebih suka bermegah-megah dengan kehebatan diri dan mencari-cari alasan yang kukuh untuk menjatuhkan anak melayu yang lain. Saya cukup sedih apabila melihat pemimpin melayu begitu sibuk berbalah antara satu sama lain mencari kesalahan sesama sendiri. Mereka seolah-olah memperjuangkan diri mereka sendiri, kata-kata mereka dan parti politik mereka. Tetapi bukannya memikirkan tentang negara.

Dalam kesibukan, saya seringkali tertanya-tanya mengapa tidak pemimpin-pemimpin melayu yang hebat di Malaysia ini mencuba untuk membuang segala keegoan,perselisihan, dendam dan sebagainya lantas duduk semeja untuk membincangkan hal negara? Jika kita duduk di tengah-tengah dan lihat seorang demi seorang pemimpin-pemimpin dari UMNO,PAS,PKR dan sebagainya, sebenarnya setiap dari mereka mempunyai aura, kelebihan dan kewibawaan yang tersendiri. Kelebihan mereka sebenarnya jika digabungkan akan membentuk satu gabungan pimpinan yang mantap dibawah satu asas, iaitu melayu yang secara tidak langsung menegakkan Islam. Di sebalik itu, kekuatan setiap dari mereka adalah pelengkap kepada kelemahan masing-masing.

Namun, disebabkan keegoan dan kepentingan diri, masing-masing tidak pernah memikirkan semua itu. Sebaliknya, sibuk mencari jalan untuk menjatuhkan orang lain dengan alasan " Akulah pemimpin yang selayaknya, mereka patut berundur". Sehinggakan setiap idea yang dikeluarkan akan dibantah sekeras-kerasnya tanpa usul periksa. Bayangkan betapa ruginya negara jika idea-idea bernas yang dikeluarkan ditolak mentah-mentah hanya kerana percanggahan politik?

Berbalik kepada peribahasa tadi, "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh". Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu bersatu. Analogi yang paling mudah dan selalu digunakan adalah lidi penyapu. Apabila setiap lidi itu diletakkan berasingan dan haluan yang berbeza, begitu mudah lidi itu dipatah-patahkan. Tetapi apabila lidi-lidi itu digabungkan dan mempunyai haluan yang sama, tidak boleh dipatahkan dan begitu kukuh sekali malah dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Sama juga seperti pemimpin-pemimpin melayu sekiranya masing-masing begitu sibuk membawa haluan masing-masing, begitu mudah sekali melayu diperkotak-katikkan. Tetapi jika mereka berpadu tenaga dibawah nama melayu, melayu akan kukuh, kuat dan tidak mudah goyah sehingga menggentarkan musuh.

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh" Mari kita renung-renungkan bersama. Sekadar berkongsi pendapat.